SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada semua sahabat baru yang sudi berkawan dengan aku, dan terima kasih juga kepada semua kaki import TIMIZMI yang sentiasa happening, gila-gila, dan support aku.

Mungkin ada dikalangan korang yang tak mengenali aku lagi jadi aku ambil kesempatan ni untuk perkenalkan diri aku sebagai Izmi. Nama kelahiran aku Muhammad Isma Huzaini Bin Ismail berasal dari Simpang Renggam, Johor.

 Kalau korang semua nak tahu, semasa zaman persekolahan aku merupakan pelajar yang nakal. Aku bersekolah di dua sekolah yang berlainan iaitu SMK Simpang Renggam dan juga SMK Penghulu Saad. 

 

 

KERJAYA

Aku pernah bekerja dibeberapa kilang di daerah Batu Pahat seperti kilang kayu dan elektronik tapi tapi tidak bertahan lama. Minat aku cenderung kepada perniagaan selepas sering membantu mak yang menguruskan tender kantin sekolah. Walaupun pada masa tu aku cuma bekerja dengan mak aku, tapi banyak pengalaman berniaga yang aku belajar terutamanya teknik menahan nafsu dari simpan duit dalam pocket. Hehehe.

 Pada umur 21 tahun aku ditawarkan pekerjaan sebagai Pegawai Bomba, mungkin berkat doa mak yang nak aku berkerja dengan kerajaan. 

Aku berkhidmat selama 3 tahun sebelum aku ambil keputusan untuk resign. Hidup ni cuma sekali, aku akan buat apa saja yang aku suka selagi aku tidak melanggar hukum Allah. Keputusan ni dibuat pun disebabkan minat aku yang mendalam dalam dunia perniagaan terutama dalam pengurusan restoran.

Aku mulakan business restoran pertama aku di Dataran Larkin dengan menggunakan nama Dapur Selatan Food House. 

TANPA ILMU , TANPA PENGALAMAN , TANPA MENTOR !

Aku boleh anggapkan aku bakar RM120 000 disitu.

Restoran ni hanya bertahan tak sampai setahun.

 

DI WARNING  ALONG

Masuk bulan ke-9 dan ke-10 jalankan restoran ni aku dah start struggle untuk rolling modal. Memang aku rasa bodoh sangat time tu, pergi cari kedai kawasan baru dengan sewa bulanan RM5000. Betul lah mentor-mentor business cakap “YOU BODOH SOMBONG YOU TAKKAN DAPAT APE”. Aku merayu kat korang jangan jadi bodoh sombong macam aku. Kalau ade benda yang korang tak faham, korang tanya je biarpun soalan tu nampak bodoh sebab kita sentiasa dalam proses pembelajaran.

Last choice aku untuk bayar gaji pekerja dan sewa kedai dengan pinjam along. Dua orang along aku deal untuk dapatkan duit segera. 
Dengan along pertama je aku dah kena kencing, mintak aku RM300 untuk proses kata dia. Aku macam kena pukau padahal bodoh piang, main bagi je RM300 kat dia. 3 hari lepas tu terus kena block tak dapat contact.

Along kedua nampak pro sikit, datang restoran aku macam buat lawatan ke site pulak. Dia bg maximum 10k utk kali pertama pinjaman aku tapi dia bagi tempoh 2 minggu je.

Tempoh tu memang terlalu singkat dan aku x boleh bayar, aku bernasib baik selepas dua minggu along cuma beri warning untuk aku langsaikan segera.

 

Lepas tutup nya Dapur Selatan Food House tu aku tak pernah rasa putus asa walaupun aku sudah kerugian hampir RM150 000 masa tu.

Aku balik ke Batu Pahat terus cari kedai sewa yang berpatutan. 

Kat sini aku belajar semua nya dari bawah, aku gunakan apa saja yang aku ada termasuk recycle beberapa barang untuk had kan kos. 

Daripada sewa depan kedai , aku dah boleh sewa satu kedai.

Daripada signboard menggunakan mop dan pintu, aku dah boleh pakai banner.

Banyak perkara aku belajar disini, antaranya :-

Allah tak uji hambanya kalau dia tak mampu, maksudnya Allah tahu hambanya tu mampu untuk hadapi ujian dari-Nya disebabkan itu Dia uji kita untuk kita mendekatkan diri pada-Nya.

Rezeki tu adalah milik Allah, kita cuma perlu usaha dan jangan pernah putus asa. 

Fokus pada matalamat dan tujuan asal kita.

Sekarang aku dah tak gunakan mop dan pintu lagi sebagai signboard. Hehehe

Berkat doa mak ayah dan rezeki dari Allah restoran ni mampu buat 4 angka sehari.