24/08/2020 yang lalu pihak Timizmi Global telah menerima permintaan berserta dengan servis penghantaran untuk produk facemask oleh salah seorang ahli dari TIMIZMI. Permintaan serta penghantaran sebanyak 500 000 unit ini memang sangat sulit bagi kami untuk uruskan tatkala negara kita masih lagi dilanda pandermic. Disebabkan itu, urusan kastam menjadi semakin ketat kerana hanya facemask yang benar-benar berkualiti serta mempunyai sijil yang lengkap sahaja boleh memasuki Malaysia ketika ini.
Kebetulan kami mempunyai kenalan pengilang facemask yang terbaik dan sangat boleh dipercayai serta boleh menerima kuantiti yang kami mahukan dengan nilai yang kami inginkan dalam waktu yang kami tetapkan. Urusan pengesahan kualiti barangan dilakukan segera dan pelanggan kami berpuas hati dengan kualiti yang diberikan sebelum kami melakukan transaksi pembayaran secara tunai.